.

.

SOALAN

BOLEHKAH ANDA MENGIRA 13 X 15 DALAM KURANG DARI 5 SAAT?
BOLEHKAN ANDA DAPAT KUASA DUA NOMBOR DALAM KURANG DARI 30 SAAT?
BOLEHKAN ANDA MENGIRA PUNCA KUASA DUA TANPA MESIN PENGIRA?
JIKA ANDA INGIN MENGUASAI OTAK ANDA SENDIRI, GUNAKAN QMATHS

Apa itu QMath?
QMath adalah satu teknik pembelajaran yang unik, direka untuk membantu pelajar. Ia meliputi teknik matematik "laju", bersempena namanya: QMath = quick mathematics!

Tapi kan semua pelajar boleh guna kalkulator? Tak perlu kan QMath ni?
Kalkulator atau mesin pengira memang memudahkan kerja pengiraan, tapi tidak dapat meningkatkan kefahaman kita tentang matematik. Ia tidak dapat meningkatkan kebolehan otak kita berfikiran pantas. Ia juga tidak dapat membantu membina sel-sel otak yang baru. QMath boleh membantu dalam setiap faktor yang disebutkan tadi, tidak kira umur maupun tahap pendidikan.

Bagaimana ia boleh membantu saya?
Sebenarnya QMath boleh membantu semua peringkat umur, kerana teknik-teknik yang dipaparkan boleh digunakan di dalam kehidupan seharian. Ia membantu meningkatkan kefahaman matematik serta menambahkan IQ.

QMath dan kurikulum negara kita, bersesuaian?
Matematik adalah global. Kebanyakan bahan pembelajaran yang didedahkan kepada pelajar Malaysia turut didedahkan kepada semua pelajar di seluruh dunia. QMath menggunakan bahan-bahan sebegini untuk membantu mereka bersaing dengan pelajar lain bertaraf global!